Tuesday, September 18, 2018

Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2019

S

ukacitanya dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Agama Tarbiah Islamiah telah membuka pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2019.

Pada tahun ini, Sekolah Menengah Agama Tarbiah Islamiah telah membuka pendaftaran bagi tingkatan satu hingga tingkatan 5. Borang pendaftaran boleh didapati di pejabat sekolah pada waktu rasmi pejabat bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang dengan harga RM5 untuk setiap borang. Borang boleh mula diambil bermula 01 Oktober 2018.
Syarat-syarat bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Tarbiah Islamiah adalah seperti berikut:
  1. Memperolehi sekurang-kurangnya 2A di dalam UPSR
  2. Menguasai asas JAWI,  BAHASA ARAB dan AL-QURAN
  3. Mempunyai rekod disiplin yang baik di sekolah lama
Ujian kemasukan akan diadakan pada 24 November 2018 ( sabtu ) bertempat di SMA Tarbiah Islamiah. Ujian yang dijalankan merangkumi bahagian asas jawi, bahasa arab, bacaan Al-Quran serta temuduga sahsiah. 
Untuk makluman semua, kemudahan asrama masih belum dapat disediakan oleh pihak sekolah. 
Sesi persekolahan akan bermula pada pukul 7.40 pagi dan akan berakhir pada pukul 2.45 petang bagi hari Isnin hingga Khamis. Manakala bagi hari Jumaat, sesi persekolahan akan bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.05 tengahari.

No comments:

Post a Comment