Tuesday, November 17, 2020

Makluman Terkini Berkaitan Kemasukan 2021

 


Asalamualaikum dan selamat pagi

Oleh kerana PKPB yang sedang berlangsung di hampir semua negeri di semenanjung Malaysia,segala bentuk perjumpaan adalah tidak dibenarkan. Dukacita dimaklumkan bahawa temuduga bersemuka kemasukan ke SMA Tarbiah Islamiah yang sepatutnya diadakan pada 28 November 2020 adalah DIBATALKAN. Ibu bapa dan calon tidak perlu hadir ke sekolah pada tarikh tersebut.

 

Bagi menggantikan temuduga bersemuka, sekolah telah bersetuju untuk mengadakan temuduga secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet. Temuduga secara atas talian akan dijalankan secara berkumpulan dan melibatkan 5 calon dalam satu-satu masa.

 

Jadual dan senarai calon akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

 

Ibu bapa dan calon perlulah memuat turun dan install aplikasi google meet untuk memudahkan sesi temuduga secara atas talian.

 

Keperluan semasa sesi temuduga atas talian:

 

1.     calon perlu berpakaian kemas dan menutup aurat

2.     dalam keadaan berwudhuk

3.     berada di kawasan yang cerah dan senyap (supaya sesi video berjalan lancar tanpa gangguan)

4.     menyediakan al-quran ( persediaan untuk sesi ujian bacaan al-quran)

5.     menyediakan alatan tulis( marker hitam/merah) dan 10 helai kertas bersaiz A4 untuk sesi ujian tulisan jawi)

 

Sebarang masalah boleh berhubung dengan 


Encik Munawir di talian 017-5314702

Puan Azmalinda Azai di talian 013-4664540

 

Terdapat sekolah yang masih belum menjalankan PAT,Oleh itu pihak sekolah bersetuju untuk menggunakan keputusan UPTP untuk diisi dalam borang pengisian online  untuk sekolah- sekolah yang tidak dapat menjalankan PAT. Bagi pemohon yang telah mengisi borang pengisian online tapi tidak memasukkan markah peperiksaan boleh menghantar keputusan UPTP/PAT ke nombor telefon di atas juga.

 

Bagi ibu bapa/ pemohon yang masih belum mengisi borang online, mohon disegerakan untuk memudahkan pengurusan pemohonan.

 

Sekian.