Friday, September 3, 2021

Kemasukan ke SMA Tarbiah Islamiah Sesi 2022

 Sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Agama Tarbiah Islamiah telah membuka pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2022.


Pada tahun ini, Sekolah Menengah Agama Tarbiah Islamiah telah membuka pendaftaran bagi tingkatan satu hingga tingkatan 5. Pembelian Unik ID boleh didapati di pejabat sekolah pada waktu rasmi pejabat bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang dengan harga RM5 untuk setiap nombor Unik ID. Nombor Unik ID boleh mula dibeli bermula 20 September 2021 -30 September 2021. Manakala bagi tarikh pengisian borang secara online akan dibuka bermula 01 Oktober 2021 sehingga 15 Oktober 2021.
Syarat-syarat bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Tarbiah Islamiah adalah seperti berikut:
  1. Mendapat keputusan UPTP 2020 dan PBD 2020
  2. Menguasai asas JAWI,  BAHASA ARAB dan AL-QURAN
  3. Mempunyai rekod disiplin yang baik di sekolah lama
  4. Warganegara Malaysia
Ujian kemasukan akan diadakan pada 25 Oktober 2021 - 29 Oktober 2021 secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet. Ujian yang dijalankan merangkumi bahagian bacaan Al-Quran, ujian akademik serta temuduga sahsiah. 
Untuk makluman semua, kemudahan asrama tidak disediakan oleh pihak sekolah. 
Sesi persekolahan akan bermula pada pukul 7.30 pagi dan akan berakhir pada pukul 2.45 petang bagi hari Isnin hingga Khamis. Manakala bagi hari Jumaat, sesi persekolahan akan bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.05 tengahari.
Sebarang maklumat boleh berhubung dengan pihak sekolah di talian 04-2262153 atau hubungi penyelaras bahagian kemasukan Cikgu Munawir 017-5314702 /  Cikgu Nurul Ashikin 017-2892340.