Saturday, October 31, 2020

Link pengisian Borang Permohonan Kemasukan 2021

 

Asalamualaikum dan selamat pagi.

Bagi ibu bapa/waris/penjaga yang telah membeli nombor unik id dari pejabat sekolah, pengisian borang permohonan kemasukan 2021 bagi SMA Tarbiah Islamiah telah dibuka.

berikut merupakan link pengisian borang tersebut: 

kemasukan 2021  

sila klik link di atas untuk mengisi borang tersebut.

Tempoh pengisian borang adalah bermula dari 1 November 2020 sehingga 26 November 2020.

Bagi calon yang masih belum menerima keputusan peperiksaan terkini (akhir tahun) dalam tempoh pengisian borang diatas talian, sila tandakan  kotak tidak berkaitan di bahagian Peperiksaan Akhir Tahun. 

Ujian kemasukan akan diadakan pada 28 November 2020 ( sabtu ) bertempat di SMA Tarbiah Islamiah. Ujian yang bakal dijalankan merangkumi bahagian asas jawi, bahasa arab, bacaan Al-Quran serta temuduga sahsiah. 

Semasa hari temuduga, calon perlulah: 

1. Calon mestilah berpakaian sekolah dan memakai pelitup muka.

2. Calon mestilah membawa peralatan tulis sendiri.

3. Calon mestilah membawa salinan dokumen seperti yang dibawah:-

    i. Salinan Mykid/Mykad/Sijil Anak Angkat.

    ii. Salinan sijil lahir.

    iii. Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga.

    iv. Salinan Laporan Doktor/Kad OKU (jika berkaitan)

    v. Salinan Slip Gaji Ibu/Bapa/Penjaga

    vi. Salinan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun ( permohonan tingkatan satu )

    vii. Salinan rekod Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)/Keputusan peperiksaan akhir tahun/yang  berkaitan bagi permohonan ke tingkatan 2/3/4 dan 5.

    ix. Laporan Rekod Disiplin dari sekolah lama.

Terima Kasih