Sunday, September 13, 2020

Permohonan Kemasukan Baru 2021

 


S

ukacitanya dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Agama Tarbiah Islamiah telah membuka pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2021.


Pada tahun ini, Sekolah Menengah Agama Tarbiah Islamiah telah membuka pendaftaran bagi tingkatan satu hingga tingkatan 5. Pembelian Unik ID boleh didapati di pejabat sekolah pada waktu rasmi pejabat bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang dengan harga RM5 untuk setiap nombor Unik ID. Nombor Unik ID boleh mula diambil bermula 25 September 2020 sehingga 27 Oktober 2020. Manakala bagi tarikh pengisian borang secara online akan dibuka bermula 01 November 2020 sehingga 26 November 2020.
Syarat-syarat bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Tarbiah Islamiah adalah seperti berikut:
  1. Memperolehi sekurang-kurangnya 2A di dalam Peperiksaan Akhir Tahun ( Darjah 6 )
  2. Menguasai asas JAWI,  BAHASA ARAB dan AL-QURAN
  3. Mempunyai rekod disiplin yang baik di sekolah lama
Ujian kemasukan akan diadakan pada 28 November 2020 ( sabtu ) bertempat di SMA Tarbiah Islamiah. Ujian yang dijalankan merangkumi bahagian asas jawi, bahasa arab, bacaan Al-Quran serta temuduga sahsiah. 
Untuk makluman semua, kemudahan asrama masih belum dapat disediakan oleh pihak sekolah. 
Sesi persekolahan akan bermula pada pukul 7.30 pagi dan akan berakhir pada pukul 2.45 petang bagi hari Isnin hingga Khamis. Manakala bagi hari Jumaat, sesi persekolahan akan bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.05 tengahari.
Sebarang maklumat boleh berhubung dengan pihak sekolah di talian 04-2262153