Monday, September 17, 2018

CARTA ORGANISASI JEMAAH PENGURUSAN SEKOLAH


MAKLUMAT ASAS SEKOLAH



Berikut merupakan maklumat asas sekolah:


Kod dan No. Pendaftaran Sekolah      : PFT1001
Nama Sekolah                                        : SMA Tarbiah Islamiah
Alamat Sekolah                                      : Jalan Perak, 10150 Georgetown, Pulau Pinang.
Jenis Sekolah                                          : SM Agama (SABK)
Gred Sekolah                                          : A
Peringkat Sekolah                                  : Menengah Rendah dan Atas
Status Sekolah                                        : Beroperasi
Jenis Murid                                             : Lelaki dan Perempuan
Sejarah  dan Tarikh Penubuhan          : Agama Rakyat / 3hb Januari 1997
Bilangan Guru                                        : 22 orang
Bilangan Bukan Guru                            : 1 orang
Bilangan Kelas                                        : 7
Bilangan Murid Keseluruhan               : 108 orang

PENGENALAN LATAR BELAKANG SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH



SMA Tarbiah Islamiah merupakan satu-satunya sekolah agama harian sepenuh masa yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Georgetown, dalam Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.  Sekolah ini melaksanakan Pengajian Akademik dan Pengajian Islam (dalam Bahasa Arab). Pada peringkat awal penubuhan SMA Tarbiah Islamiah iaitu pada tahun 1997 terdapat pendidikan sekolah rendah dan pendidikan sekolah menengah.

Sekolah ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) pada tahun 1996. Sekolah ini mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1997 di atas tiga lot tanah wakaf yang beralamat di 109, Jalan Kampung Rawa, 10150 Georgetown, Pulau Pinang. Pada tahun tersebut juga, pihak sekolah telah menyewa dua buah rumah kampung yang terletak di Kampung Dodol dijadikan asrama bagi murid-murid lelaki dan perempuan yang tinggal berjauhan dan luar dari negeri Pulau Pinang. Sebuah rumah dijadikan asrama bagi murid-murid lelaki dan sebuah lagi bagi murid-murid perempuan.

Pada tahun 1998, pihak sekolah telah membuka satu lagi cawangan sekolah di Padang Tembak iaitu bersebelahan dengan Surau Padang Tembak, Pulau Pinang. Pembukaan cawangan ini adalah disebabkan pertambahan bilangan murid pada tahun tersebut. Cawangan sekolah itu hanya menempatkan murid-murid lelaki sahaja manakala murid-murid perempuan dan murid-murid sekolah rendah masih kekal di Kampung Rawa. Pada tahun 1998 juga, pihak sekolah telah membeli sebuah bas sebagai kemudahan bagi murid-murid lelaki yang tinggal di asrama Kampung Dodol ke sekolah di Padang Tembak dan juga sebagai pengangkutan bagi murid-murid untuk menghadiri mana-mana aktiviti atau program di luar kawasan sekolah.

Pada tahun 1999, SMA Tarbiah Islamiah telah membuka satu lagi cawangan yang menempatkan murid-murid perempuan dari Tingkatan 1 hingga 3 dan asrama bagi murid-murid perempuan. Pihak sekolah telah menyewa sebuah bangunan lima tingkat iaitu Bangunan Sri Hussain yang terletak di Jalan P.Ramlee, Pulau Pinang. Bangunan ini telah disewa selama 4 tahun dengan kadar bayaran sewa sebanyak RM6400 sebulan.  Pada tahun ini juga, murid sulung sekolah ini menduduki peperiksaan awam buat pertama kalinya iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR). Para murid Tingkatan 3 seramai 76 orang yang terdiri daripada murid lelaki dan murid perempuan menduduki peperiksaan PMR ini dengan menumpang SMK Abdullah Munshi, sebagai pusat peperiksaan.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2002, pihak kerajaan telah memberhentikan bantuan per kapita kepada semua sekolah agama rakyat di seluruh Malaysia dan akan mengenakan denda kepada ibu bapa yang tidak menghantar anak-anak ke sekolah aliran perdana. Berikutan dengan peristiwa tersebut, pihak sekolah terpaksa menutup sekolah rendah di Kampung Rawa dan semua ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan. Selain daripada penutupan sekolah rendah, cawangan sekolah menengah di Padang Tembak yang menempatkan murid lelaki juga terpaksa ditutup dan kesemua murid menengah lelaki dan perempuan ditempatkan semula di Kampung Rawa. Para guru juga turut mendapat tawaran menyambung pengajian daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada ketika itu untuk diserapkan ke sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.

Hasil usaha dan pengorbanan beberapa pihak dan guru-guru, akhirnya sekolah ini masih kekal dan telah dinaik taraf sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) pada tahun 2007 sehingga hari ini yang jumlah muridnya makin bertambah setiap tahun.

Selamat Datang Ke SMA Tarbiah Islamiah



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Laman ini merupakan suatu medium perantara bagi warga sekolah dengan para pelajar, ibu bapa dan masyarakat sekeliling untuk berkongsi maklumat terkini berkaitan SMA TARBIAH ISLAMIAH dari semasa ke semasa. Semoga perkongsian maklumat di sini akan membantu membentuk pembangunan ilmu serta sahsiah para pelajar demi agama, keluarga, bangsa dan negara.


Jazakallahu Khairan Kathiran | Terima Kasih | Syukran Jazilan